5 Khasiat & Kebaikan Hampas Serbuk Kopi Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Econsave Malaysia Day 2023 Promotions
September 18, 2023
Econsave’s Deepavali Sale: Sparkling Discounts Await!
October 19, 2023
Show all

5 Khasiat & Kebaikan Hampas Serbuk Kopi Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Mungkin ada segelintir di kalangan anda tidak mengetahui bahawa hampas daripada serbuk kopi yang telah digunakan sebenarnya mempunyai banyak khasiat dan kegunaan kepada tanaman pokok khususnya.

Tahukah anda, sebenarnya hampas daripada serbuk kopi yang telah digunakan boleh dijadikan sebagai salah satu bahan baja organik untuk menyuburkan tanaman anda di rumah.

Ini kerana, hampas serbuk kopi mengandungi banyak khasiat yang baik seperti kafein, asid, mineral dan protein yang sememangnya bagus untuk tanaman. Jadi, ini 5 khasiat dan kebaikan hampas serbuk kopi yang wajib anda tahu.

1.Kafein

Kandungan kafein yang terdapat dalam kopi membantu tanaman kita
daripada serangan hama atau ulat serangga. Manakala, bau kafein pula mampu mencegah serangan rama-rama.

2.Asid

Umum mengetahui, kopi mempunyai kandungan asid yang sangat tinggi, jadi oleh itu ia sangat berguna untuk mengimbangi tahap keasidan tanah.

3.Mineral

Kopi yang tinggi dan kaya dengan zat mineral juga mampu untuk menyuburkan tanaman anda. Ini kerana,kandungan mineral utama kopi adalah kalsium, kalium, besi, fosfor dan kromium yang sangat disukai cacing tanah.

Apabila cacing tanah mendapat nutrisi sihat yang secukupnya, ia akan meningkatkan lagi tahap kesuburan tanah sekaligus membantu proses pertumbuhan tanaman yang lebih baik. Serbuk kopi juga mengandungi karbon dan gas nitrogen. Ditambah potassium, magnesium, dan tembaga yang mana sangat berguna kepada tanaman.

4.Protein

Hampas kopi juga mengandungi khasiat protein seperti Lignin dan Cellulose yang sememangnya amat diperlukan pokok tanaman untuk

5.Melebatkan Daun

Selain itu, hampas serbuk kopi yang telah dicampurkan dengan air boleh dijadikan sebagai air siraman untuk tanaman pokok. Larutan campuran ini dipercayai mampu melebatkan daun pokok tanaman anda.

Kepada semua pencinta minuman yang berasaskan kopi, ini ada berita gembira buat anda kerana rangkaian pasar raya terbesar di Malaysia, Econsave bakal melangsungkan promosi terbaharu, ‘Coffee Fair’ di seluruh cawangan Semenanjung Malaysia.

Bersempena promosi ‘Coffee Fair’ ini, para pelanggan berpeluang untuk mendapatkan tawaran menarik seperti jualan diskaun pemotongan harga produk minuman berasaskan kopi daripada pelbagai jenama yang terpilih bermula 16 Oktober sehingga 31 Oktober 2023.

 

Untuk maklumat lanjut serta tawaran menarik ‘Coffee Fair’, sila lihat katalog promosi bertarikh 16/10/2023 – 31/10/2023. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Juga, jangan lupa ikuti kami di laman media sosial untuk ketahui promosi serta tawaran menarik lain di Econsave.

🔗Facebook:https://www.facebook.com/EconsaveMY 

🔗Instagram:https://www.instagram.com/econsavemy/ 

🔗TikTok:

🔗Website: https://econsave.com.my/promotion/