Hidangan Untuk Menyambut Hari Raya Aidilfitri: Resipi Kuih Raya dan Manisan Tradisional yang Mudah
Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, tidak lengkap tanpa hidangan kuih raya dan manisan tradisional yang lazat lagi menyelerakan. Ini merupakan suatu kegembiraan yang amat besar bagi keluarga dan sahabat untuk berkumpul bersama-sama, berkongsi hidangan yang lazat, serta menyambut kedatangan musim perayaan dengan penuh ceria dan kebersamaan. Dalam semangat memperkukuhkan ikatan kekeluargaan dan persaudaraan, Econsave menyajikan koleksi resepi kuih tradisional dan manisan yang mudah dan lazat bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.
Kuih Tradisional untuk Raya Anda
Resipi Kuih Raya #1 – Kuih Bangkit

Bahan
- 330 gram Tepung Ubi
- Daun Pandan
- 130 gram Gula Icing
- 1 Biji Kuning Telur
- 130ml Santan
- Secubit Garam
Cara Penyediaan
- Campurkan tepung ubi dan daun pandan dalam periuk kemudian panaskan dengan api kecil hingga tepung sedikit kekuningan.
- Ayakkan tepung dan biarkan sejuk.
- Kacau gula icing bersama kuning telur hingga larut dan sebati.
- Masukkan 100 ml santan dan kacau lagi hingga rata.
- Campurkan tepung ubi ke dalam bancuhan telur, tambahkan sedikit garam, dan uli adunan perlahan hingga tidak lekat tangan.
- Tambahkan santan secukupnya jika perlu.
- Tutup adunan dengan kain lembab dan diamkan selama 30 minit.
- Bentuk adunan dengan acuan yang sesuai dan bakar pada suhu 170°C selama sekitar 20-25 minit atau sampai masak.
Resipi Kuih Raya #2 – Biskut Semperit Klasik

Bahan:
- 250gram butter
- Setengah cawan susu pekat atau gula icing
- Sedikit esen vanilla
- Sedikit pewarna kuning
- 2 biji kuning telur
- 2 cawan tepung kastard
- 1 ½ cawan tepung jagung
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar tepung beras
Cara penyediaan:
- Campurkan butter, susu pekat, esen vanila, dan pewarna kuning dalam mangkuk.
- Kacau hingga rata menggunakan senduk.
- Tambahkan kuning telur dan kacau lagi.
- Masukkan tepung beras, tepung kastard, dan tepung jagung.
- Campurkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
- Sekiranya masih melekat pada tangan, tambahkan tepung gandum secukupnya.
- Gunakan adunan untuk membuat semperit.
- Hias dengan ceri, boleh dibakar sekarang.
- Panaskan oven sehingga suhu 170°C selama 5 minit, kemudian bakar semperit pada 160°C selama 25 minit.
Resepi Manisan Tradisional yang Menyelerakan
Dodol Tradisional

Bahan:
- 3 paket tepung pulut
- 2 kg gula putih
- 500 gram gula merah (masak dengan 5 cawan air dan tapis)
- 4 kg santan ataupun 15 biji kelapa
Cara penyediaan:
- Gaulkan tepung pulut, gula, gula merah, dan santan pekat dalam kuali.
- Masak dengan api perlahan sehingga adunan pekat.
- Dinginkan dan potong mengikut saiz yang diinginkan.
Pulut Serunding Kelapa
Bahan untuk Pulut:
- 2 cawan beras pulut (basuh kemudian tapis)
- 2 cawan santan atau 1/2 biji kelapa
- Garam secukupnya
Cara Penyediaan Pulut
- Masukkan semua bahan dalam loyang.
- Letakkan loyang dalam kukusan.
- Masakkan sehingga pulut sebati dengan santan.
- Bila dah masak gaulkan pulut supaya santan serata.
- Hidangkan dengan serunding kelapa muda.
Bahan untuk Serunding Kelapa
Bahan yang tidak perlu dikisar mesin
- 1/2 biji kelapa parut muda
- 2 helai daun kunyit yang dimayang
- 100 gram udang segar kecil
Bahan untuk dikisar mesin
- 10 tangkai cili kering
- 1 sudu kecil jintan manis
- 3 batang serai
- 5 ulas bawang merah
- 2 sudu besar udang kering
- 3 cm kunyit hidup
- 3 sudu besar minyak masak
- Garam yang secukupnya
- Gula yang secukupnya
Cara Penyediaan Serunding Kelapa
- Panaskan minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga naik wangi.
- Masukkan kelapa parut muda, udang segar kecil dan sedikit garam ke dalam kuali. Kacau hingga sebati.
- Taburkan hirisan daun kunyit yang dimayang dan sedikit gula apabila nampak kering. Kacau dengan rata.
- Masukkan dalam pinggan. Biarkan sejuk sebelum disajikan.

Sediakan Hidangan Raya Anda Bersama Econsave
Jadikan sambutan perayaan Aidilfitri anda kali ini lebih penuh bermakna serta keceriaan di samping keluarga tercinta dengan menyediakan sajian hidangan yang melazatkan. Kunjungi Econsave hari ini untuk mendapatkan kesemua yang anda perlukan dalam menyediakan hidangan raya yang sempurna. Dengan resipi yang mudah dan bahan-bahan berkualiti, Econsave adalah destinasi wajib anda kunjungi bagi menyediakan hidangan raya yang sempurna.
Selamat menyambut bulan Ramadan!

Jangan lupa ikuti kami di laman media sosial untuk ketahui promosi serta tawaran menarik lain di Econsave.
🔗Facebook:https://www.facebook.com/EconsaveMY
🔗Instagram:https://www.instagram.com/econsavemy/
🔗TikTok:
🔗Website: https://econsave.com.my/supermarket-promotions/