Payasam, Menu Pencuci Mulut Masyarakat India Yang Ringkas Tapi Sangat Sedap!

Econsave’s Deepavali Sale: Sparkling Discounts Await!
October 19, 2023
Discover Year-End Deals and Start Saving with Econsave
November 23, 2023
Show all

Payasam, Menu Pencuci Mulut Masyarakat India Yang Ringkas Tapi Sangat Sedap!

Payasam adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang sangat popular dalam masyarakat India, dan ia sering menjadi sajian wajib dalam pelbagai keraian dan perayaan. Mungkin apabila kita bercakap tentang manisan atau pencuci mulut masyarakat India, ramai yang akan terbayang jelebi berwarna jingga yang berkilau dengan salutan gula atau ladu bulat yang menggebu. Namun begitu, Payasam yang berasaskan susu ini mempunyai sejarah yang lebih mendalam dalam budaya dan kepercayaan masyarakat India.

Payasam merupakan menu sajian tradisi pencuci mulut yang paling popular keraian masyarakat India. Perkataan ‘Payasam’ itu sendiri merupakan perkataan yang tercipta daripada perkataan sanskrit ‘payasa’ yang bermaksud susu.

Bagi yang anda masih belum mengetahui, Payasam yang sememangnya enak ini berasaskan susu berasal dari India dan diperbuat daripada gandum hancur atau pun vermicelli lalu dicampurkan bersama susu dan gula.

Kemudian, untuk memberikan rasa yang lebih enak, pencuci mulut ini telah ditambahkan dengan buah pelaga, buah kismis, safron, kacang gajus, kacang pistasio, buah badam dan minyak sapi. Kebiasaannya, dihidangkan ketika waktu makan besar atau pun upacara sembahyang.

payasam

Mungkin anda berasa berdebar-debar untuk cuba menyediakan hidangan Payasam ini. Jangan risau! Econsave mahu berkongsi resipi yang cukup ringkas dan mudah untuk disediakan walaupun inilah kali pertama anda mencubanya. Hasilnya memang sangat sesuai untuk dinikmati pada waktu petang bersama keluarga. Jom, kita mulakan dengan membeli bahan-bahannya!

@econsavemalaysia Tak tahu nak masak resipi apa yang menarik dan mudah sempena perayaan Deepavali ni? Apa kata mari kita belajar resipi buat Payasam, memang sangat mudah nak sediakan bahan-bahan nak buat, beli di Econsave jer confirm murah! Cara-cara nak buat pula, nantikan di video PART 2! #EconsaveMalaysia #BandingkanHargaKami #Resipi #Deepavali #TikTokMalaysia #fyp ♬ Ghbrti 3liya nouveauté 2023 (cover libianca people) – Cravata

Bahan-Bahan Payasam:

* 1liter susu segar
* 2 sudu besar minyak sapi
* 50gram kacang gajus (dipotong dadu)
* 50gram kacang badam (dipotong dadu)
* 100gram vermicelli (semiya)
* 50gram sagu
* 1 cawan gula pasir
* 1 cawan air panas
* 1/2 cawan susu pekat
* 1/2 cawan santan

Cara-cara untuk menghasilkan menu pencuci mulut ini, anda boleh sahaja menonton pada pautan video di bawah yang telah dihasilkan oleh Econsave sendiri istimewa khas buat anda. Jangan bimbang, caranya memang mudah sahaja!

@econsavemalaysia Mari kita belajar resipi buat Payasam, kalau ada yang nak tahu ia adalah menu pencuci mulut tradisi kaum India.Memang sangat mudah nak buat, rasa pun sangat sedap! Boleh beli bahan-bahan nak buat Payasam ni di Econsave jer confirm murah! #EconsaveMalaysia #BandingkanHargaKami #Resipi #Deepavali #TikTokMalaysia #fyp #resipi #payasam ♬ Cute pop comical songs – Shintaro Aoki

 

Untuk maklumat lanjut serta tawaran menarik terkini, sila lihat katalog promosi bertarikh 27/10/2023 – 13/11/2023. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Juga, jangan lupa ikuti kami di laman media sosial untuk ketahui promosi serta tawaran menarik lain di Econsave.

🔗Facebook:https://www.facebook.com/EconsaveMY 

🔗Instagram:https://www.instagram.com/econsavemy/ 

🔗TikTok:

🔗Website: https://econsave.com.my/promotion/