Garnier Malaysia
“PERADUAN: BELI DAN MENANG BERSAMA GARNIER SKINCARE NATURALS – ECONSAVE EKSLUSIF”
(18/09/2020 – 31/10/2020)”
Terma & Syarat Peraduan:
1) Penganjur & Kelayakan
a. Peraduan ini dianjurkan oleh jenama ‘Garnier’ yang dikendalikan di bawah syarikat L’Oreal Malaysia Sdn. Bhd. (329418-A) (“Penganjur”).
b. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas kecuali :
Kakitangan L’Oreal (termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya) dan ahli keluarga terdekat mereka (anak, ibu bapa, adik beradik, termasuk suami/isteri); dan/atau Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen khidmat pengiklanan dan/atau pembekal servis promosi Penganjur (termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya) dan ahli keluarga terdekat mereka (anak, ibu bapa, adik beradik, termasuk suami/isteri).
2) Tempoh
a. Tarikh Peraduan ini berlansung bermula dari 18hb September 2020 hingga 31hb Oktober 2020, jam 23:59 tengah malam. Segala penyertaan yang diterima selepas tarikh ini tidak akan dilayan. Pihak Penganjur berhak membuat pindaan ke atas tempoh peraduan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
3) Cara-Cara Penyertaan
i. Beli mana-mana produk Garnier bernilai RM 25 & ke atas dalam satu resit di Econsave. Simpan resit sebagai bukti pembelian.
ii. Peserta perlu WhatsApp NAMA_IC_#RESIT ke 018-9735798 dan jawab 1 soalan mudah iaitu ‘Garnier Malaysia mempunyai rangkaian penjagaan wanita, penjagaan wajah lelaki & penjagaan rambut. BETUL atau TIDAK?”
iii. Pemenang akan ditentukan berdasarkan nilai pembelian tertinggi oleh pihak Penganjur.
iv. Hadiah Peraduan :
Hadiah Utama: 2 x Samsung 50” 4K Smart TV
Hadiah Kedua: 2 x Samsung Soundbar
Hadiah Ketiga: 3 x Samsung Galaxy Fit Watch
Hadiah Saguhati: 20 x Baucer RM100 Econsave
a. Semua hadiah akan diberi secara ‘sedia ada’. Hadiah-hadiah tidak boleh ditukar atau dituntut dengan tunai atau sebarang bentuk lain samada secara sebahagian atau sepenuhnya.
b. Semua hadiah hanya akan dikeluarkan dalam satu (1) bulan selepas tamatnya peraduan.
c. Salinan kad pengenalan pemenang dan kad pengenalan asal adalah dikehendaki bagi tujuan pengesahan untuk menuntut hadiah.
d. Pihak Penganjur akan menghubungi pemenang sebanyak 3 kali melalui telefon dan emel. Jika gagal/tidak dapat menghubungi pemenang, pemenang baru akan dipilih berikut proses pemilihan yang sama.
e. Semua hadiah mesti dituntut dalam masa 2 minggu dari tarikh pemberitahuan. Hadiah-hadiah yang tidak dituntut akan dibatalkan. Semua pemenang mesti mematuhi Terma dan Syarat oleh pihak Penganjur.
4) Liabiliti & Tanggungjawab
a. Pemenang bertanggungjawab mengambil hadiah dari pejabat rasmi Penganjur atau tempat-tempat lain yang dipersetujui secara rasmi oleh pihak Penganjur.
b. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai Peraduan ini dan menuntut hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.
c. Peserta akan mengganti rugi pihak Penganjur dari dan terhadap semua liabiliti, kos, kerugian, atau perbelanjaan yang ditanggung oleh Penganjur disebabkan oleh pelanggaran waranti dan akujanji Peserta dan pelanggaran Terma & Syarat Peraduan ini.
d. Pemenang dan warisnya akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang kerugian, kejadian tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) akibat mengambil bahagian di dalam Peraduan ini, menuntut dan/atau menggunakan hadiah peraduan ini, dan bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan pihak Penganjur terhadap sebarang liabiliti.
5) Hak Penganjur
a. Pihak Penganjur berhak menggunakan nama dan/atau gambar pemenang sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan dan/atau publisiti, tanpa sebarang notis terlebih dahulu kepada pemenang dan pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.
b. Keputusan Penganjur adalah muktamad. Segala surat-menyurat tidak akan dilayan.
c. Peraduan ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
d. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang terma dan syarat peraduan sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan di 03-77258945.
6) Terma dan Syarat Perlindungan Data Peribadi
Dengan menyertai Peraduan dan memberikan Data Peribadi anda (ditakrifkan di bawah), anda memberi persetujuan nyata kepada pihak Penganjur dan mana-mana syarikat, anak syarikatnya, pembekal perkhidmatan, ejen dan kontraktor yang memberikan sokongan pentadbiran dan perniagaan kepada kami dan bertindak bagi pihak kami (“Pihak Ketiga yang Dibenarkan”) (secara kolektif “L’Oreal” atau “kami” untuk memproses maklumat peribadi anda (termasuk nama dan butiran perhubungan anda) “Data Peribadi”) yang dimaksudkan di dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, yang diberikan dalam penyertaan Peraduan “BELI DAN MENANG BERSAMA GARNIER SKINCARE NATURALS – ECONSAVE EKSLUSIF” akan direkodkan, disimpan atau diproses oleh kami untuk mengendalikan Peraduan, menghubungi dan menghantar kepada anda maklumat pemasaran atau promosi atau bahan mengenai produk, perkhidmatan, promosi, acara atau peraduan yang dianjurkan oleh kami, dan tujuan perniagaan kami yang lain (“Tujuan”). Ini termasuk mendedahkan nama anda kepada orang ramai apabila anda menjadi pemenang dalam peraduan atau mengambil bahagian dalam acara kami dengan menerbitkan nama, gambar dan maklumat peribadi anda yang lain tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti setakat mana dibenarkan di bawah undang-undang. Selain itu, adalah dimaklumkan bahawa kami adalah sebahagian daripada Kumpulan L’oreal yang beroperasi di negara-negara lain. Oleh itu, akses kepada Data Peribadi anda mungkin diberikan kepada entiti lain dalam Kumpulan L’Oreal dan boleh dipindahkan ke luar Malaysia untuk pemprosesan Data Peribadi anda bagi mana-mana Tujuan yang disebut terdahulu, jika diperlukan.
Pihak Penganjur juga boleh menggunakan Pihak Ketiga yang Dibenarkan untuk memproses Data Peribadi Peserta. Semua Pihak Ketiga yang Dibenarkan tersebut secara kontrak terikat untuk mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan maklumat yang selamat dan tidak menggunakan Data Peribadi Peserta dalam apa-apa cara selain daripada yang dinyatakan di sini dan dalam dasar privasi Penganjur di https://www.garnier.com.my/halaman-undang-undang/dasar-privasi
Anda boleh meminta akses kepada atau pembetulan Data Peribadi anda, atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda pada bila-bila masa selepas ini dengan mengemukakan permintaan itu kepada kami melalui e-mel customerservice@lorealmy.com setakat mana dibenarkan di bawah undang-undang. Sila ambil perhatian adalah perlu untuk anda memberikan Data Peribadi anda kerana tanpa Data Peribadi tersebut kami tidak dapat memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan di atas.
6) Personal Data Protection Terms and Conditions (English Translation)
By participating in the Contest and providing your Personal Data (defined below), you are giving your consent to the Organizer and any of its holding, subsidiary or related companies, service providers, agents and contractors who provide administrative and business support to us and act on our behalf (“Authorized Third Parties”) (collectively “us”, “we” or “our”) to process your personal information (including your name and contact details) (“Personal Data”) as defined in the Personal Data Protection Act 2010, provided in the Contest entry will be recorded, stored or otherwise processed by us for purposes of administering the Contest, contacting and sending to you marketing and promotional information or materials about our products, services, any promotions, events or contests organized by the us, and our other legitimate business purposes (“Purposes”). This includes disclosing your name to the general public when you become a winner in the contest or participate in our events by publishing your name, photographs and other personal information without compensation for advertising and publicity purposes to the extent permitted by law. In addition, you will appreciate that we are part of the L’oreal Group which operates in multiple jurisdictions. Accordingly, access to the Personal Data may be granted to other entities within the L’oreal Group and may be transferred out of Malaysia for their processing of your Personal Data for any of the foregoing purpose, if required.
At times the Organizer may retain Authorized Third Parties to process the Participant’s Personal Data. All such Authorized Third Parties are contractually bound to take reasonable measures to keep information secure and not to use the Participant’s Personal Data in any way other than that which is specified here and in the Organizer’s privacy policy at https://www.garnier.com.my/halaman-undang-undang/privacy-policy
To the extent permitted by applicable law, you may request for access to or correction of the Personal Data or limit the processing of the Personal Data at any time hereafter by submitting such request to us via e-mail to customerservice@lorealmy.com. Please note that it will be necessary for you to provide all of the Personal Data, without which we will not be able to process the same for the Purpose.