Daun Lik China Bukan Hanya Banyak Khasiat, Malah Sangat Lazat Dijadikan Sebagai Sajian Hidangan!

6 Cara Mudah Untuk Menjaga Pokok Lucky Bamboo
January 10, 2024
Feast of Fortune: Econsave’s Irresistible CNY Deals Await!
February 5, 2024
Show all

Daun Lik China Bukan Hanya Banyak Khasiat, Malah Sangat Lazat Dijadikan Sebagai Sajian Hidangan!

Jika anda pernah pergi ke pasar raya untuk membeli sayur-sayuran segar, pasti ada segelintir di kalangan anda yang pernah melihat daun Lik China ini yang kelihatan seakan-akan mirip dengan daun bawang yang biasa.

Meski begitu, sebenarnya terdapat perbezaan antara kedua-dua jenis sayur ini dari segi tekstur rupa bentuk, cara kaedah penggunaan, khasiat dan banyak lagi.

Apa Itu Daun Lik China?

Sayur daun Lik China ini adalah sejenis sayuran di dalam kategori kumpulan sayur bawang. Oleh kerana itu, ia kelihatan seakan mirip dengan daun bawang yang biasa.

Daun Lik China atau juga dikenali sebagai bawang perai ini secara umumnya memiliki rupa bentuk daun yang panjang, ramping, dan berwarna hijau gelap. Manakala dari segi saiznya pula agak tebal dan lebih besar berbanding daun bawang yang biasa.

Sayuran ini sering kali digunakan dalam masakan untuk memberikan rasa bawang yang kurang tajam dan lebih halus dalam makanan. Beberapa hidangan yang menggunakan daun Lik China ini antaranya masakan sup, rebusan, tumisan dan lain-lain.

 

 

Sinonim Dengan Masyarakat Kaum Cina

Buat pengetahuan anda, sayuran ini sememangnya sangat sinonim dengan budaya masyarakat kaum Cina. Setiap kali menjelang perayaan Tahun Baru Cina, daun Lik ini pasti akan digunakan dalam setiap masakan sebagai sajian hidangan bersama keluarga.

Ini kerana, mengikut kepercayaan masyarakat kaum Cina sayuran ini selain tinggi dengan khasiat nutrisi, ia juga dikatakan sebagai simbolik untuk membawa tuah. Selain itu, daun Lik China ini lebih dikenali dengan panggilan nama Da’suan di dalam Bahasa Mandarin. Manakala, sebutan bunyi perkataan Da’suan ini di dalam Bahasa Hokkien bermaksud seumpama seperti tidak putus membawa rezeki.

 

Daun Lik China Sangat Tinggi Dengan Khasiat

Tahukah anda, daun Lik China ini kaya dengan khasiat dan nutrisi yang sangat bagus untuk tubuh badan. Ini kerana, sayur ini dipercayai mengandungi nutrisi seperti Vitamin A, C, K, Folat, Serat dan Kalsium yang tinggi. Nutrisi ini sememangnya sangat penting untuk penjagaan kesihatan sistem imunisasi tubuh badan.

Daun Lik China ini boleh diklasifikasikan sebagai salah satu sumber makanan yang boleh menguatkan sistem imunisasi tubuh badan manusia, kerana ia dipercayai mampu untuk mengurangkan risiko penyakit kanser serta mengawal kadar tahap kolestrol dan tekanan darah dalam tubuh badan.

Di samping itu, ia juga berupaya mampu untuk membantu menstabilkan kadar gula dalam darah dan membersihkan toksin kotor dalam tubuh badan.

Sangat Lazat Untuk Dijadikan Sajian Hidangan

Bukan hanya sekadar kaya dan tinggi dengan khasiat nutrisi, daun Lik China ini tidak boleh dipandang dengan hanya sebelah mata sahaja tau! Bagi anda yang tidak tahu, sayuran ini sebenarnya sangat lazat jika dijadikan sajian hidangan.

Ada pelbagai menu resipi yang boleh anda hasilkan dengan menggunakan sayur daun Lik China ini, antaranya Sayur Lik Goreng Daging Cincang, Sup Lik Kentang & Lobak Merah, Sup Cendawan Lik dan banyak lagi.

Nama Menu: Sayur Lik Daging Goreng 

Promosi Daun Lik China Di Econsave

Bersempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi, Econsave sekarang sedang mengadakan Promosi Hujung Minggu sehingga 04/02/2024. Antara banyak promosi adalah daun Lik China dengan harga cuma serendah RM9.88/kg sahaja! Klik sini untuk lihat katalog promosi.

Jadi, segera dapatkan sayuran berkhasiat tinggi lagi lazat ini di seluruh cawangan pasar raya Econsave sekarang.

 

Jangan lupa ikuti kami di laman media sosial untuk ketahui promosi serta tawaran menarik lain di Econsave.

🔗Facebook:https://www.facebook.com/EconsaveMY 

🔗Instagram:https://www.instagram.com/econsavemy/ 

🔗TikTok:

🔗Website:  https://econsave.com.my/supermarket-promotions/