Resepi Telur Kukus
Bahan-Bahan:
- 4 biji Telur
- 400 ml air
- ½ sudu kecil Garam
- ½ sudu besar Minyak Bijan
- ½ sudu besar Kicap Soya Cair
- Bawang goreng
Cara Penyediaan:
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan air, garam dan minyak bijan. Pukul campuran sehingga sebati dan kembang.
- Tuangkan telur ke dalam mangkuk hidangan dengan menggunakan penapis halus untuk mengelakkan ianya berbuih.
- Didih air dalam kuali sehingga panas kemudian masukkan telur untuk dikukus selama 10 minit dengan api rendah.
- Hidangkan telur kukus dengan bawang goreng dan kicap soya cair.