Resepi Sotong Goreng Tepung
Bahan-Bahan
- Sotong (lap dengan tisu dapur hingga kering)
- Telur
- Tepung gandum
- Tepung serbaguna
- Minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaan:
- Sotong yang dihiris dilap dengan tisu dapur sehingga benar benar kering.
- Celup sotong di dalam telur. Kemudian masukkan ke dalam tepung gandum.
- Selepas itu, dicelup pula ke dalam tepung serba guna. Sedia untuk digoreng.
- Goreng di dalam minyak yang agak banyak dan betul betul panas sehingga berwarna keemasan.Jangan digoreng terlalu lama kerana ianya akan menyebabkan sotong menjadi liat dan keras.
- Angkat dan tos atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan