Cara Penyediaan:

  • Ikan dibersih dan ditoskan. Lumur dengan garam kunyit. Biarkan seketika. Bila hampir hendak digoreng, lumur dengan tepung jagung termasuk bahagian dalam perut ikan.
  • Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas, barulah dimasukkan ikan tadi.
  • Goreng dengan minyak terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan bahan menumis iaitu bawang putih, halia, cili padi dan serai.
  • Setelah bawang putih kekuningan, masukkan bahan sos iaitu sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan 3 sudu jus nanas di dalam tin serta daun limau purut. Kacau sebentar.
  • Akhir sekali, dimasukkan bahan bahan lain iaitu bawang besar, tomato yang dipotong dadu, nenas dan cili benggala. Masukkan sedikit air. Sesuaikan rasa garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.
  • Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat berkilat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.
  • Taburkan daun sup/daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.
Share

Recent Recipe

Rendang

Vivamus in diam turpis. In condimentum maximus tristique. Maecenas non laoreet odio.

 

Submit your recipe to us!

  • or Upload your recipe!