Sila baca Terma-terma dan Syarat-syarat ini dengan teliti sebelum anda menyertai peraduan ini. Dengan menyertai Peraduan, anda dianggap telah menerima Terma-terma dan Syarat-syarat dan bersetuju mematuhinya. Penganjur berhak untuk meminda Terma-terma dan Syarat-syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu.
MAKLUMAT PERADUAN
- Peraduan BELI & MENANG dianjurkan oleh Disposable Soft Good (M) Sdn Bhd (No.Syarikat 363685-A)(“Penganjur”). Peraduan bermula pada 2 Oktober 2020, dan berakhir pada 1 November 2020 (“Tempoh Peraduan”).
- Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan tidak layak menyertai Peraduan.
- Penganjur berhak mengubah, melanjutkan, menggantung atau menamatkan Peraduan jika Penganjur tidak menerima bilangan penyertaan yang cukup atau jika Peraduan tidak dapat diteruskan atas apa jua sebab.
- Peserta-peserta bersetuju bahawa ianya tidak berhak atau tidak akan membangkitkan apa-apa tuntutan terhadap Penganjur oleh sebab penamatan atau penggantungan tersebut.
KELAYAKAN
- Peraduan ini terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas (pada tarikh penyertaan peraduan ini). Sekiranya Peserta berumur di bawah 18 tahun pada tarikh penyertaan, Peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/ penjaganya sebelum menyertai Peraduan ini dan apabila diminta oleh Penganjur, hendaklah mengemukakan kebenaran tersebut.
- Pekerja, pemegang saham, pegawai, pengarah, agen, pengedar dan wakil Penganjur dan setiap daripada syarikat induk , ahli gabungan , bahagian, anak syarikat, agen, wakil dan agensi pengiklanan mereka masing-masing, bersama-sama dengan ahli keluarga terdekat (tidak kira di mana mereka tinggal) dan mereka yang tinggal di kediaman yang sama dengan orang tersebut (sama ada mempunyai kaitan persaudaraan atau tidak), tidak layak menyertai Peraduan.
- Peserta dikehendaki membeli mana-mana 2 pek PETPET® Tape Pek Mega / Pek Jumbo atau PETPET® Pants Mega / Pek Jumbo dalam satu resit daripada mana-mana Pasaraya Econsave di Malaysia dan memiliki resit asal (“Bukti Pembelian”) untuk menyertai Peraduan ini.
- Penganjur berhak meminta Peserta mengemukakan Bukti Pembelian untuk penebusan hadiah. Peserta yang dipilih sebagai pemenang sekiranya Bukti Pembelian yang asal tidak dihantar oleh Peserta.
- Penganjur berhak untuk menyingkirkan Peserta yang tidak mematuhi Terma & Syarat Peraduan ini atau jika Penganjur berpendapat bahawa Peserta gagal memenuhi apa-apa kriteria penyertaan Penganjur.
MEKANISME PERADUAN
Untuk menyertai Peraduan ini, setiap Peserta mesti mengambil langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Beli mana-mana 2 pek PETPET® Tape Pek Mega / Pek Jumbo atau PETPET® Pants Mega / Pek Jumbo dalam satu resit daripada mana-mana Pasaraya Econsave di Malaysia. Simpan Resit rasmi untuk tujuan sebagai bukti pembelian.
Langkah 2: Ambil gambar Resit dan whatapp Name Penuh, Alamat Rumah dan Resit ke 010-298 9393.
NOTA: Hanya 1 hadiah dapat dimenangi oleh 1 sekeluarga sahaja.
HADIAH & PENEBUSAN
Hadiah Utama x 1: U-Baby Pro Baby Car Seat bernilai RM299
Hadiah Kedua x1: Baucar Econsave RM250
Hadiah Saguhati x 25: Baucar Econsave RM50
Untuk pemilihan pemenang Hadiah, pihak Penganjur akan mengumpul semua maklumat peserta daripada agensi dan peserta yang disenarai pendek akan dihubungi untuk menjawab soalan mudah sebelum diumumkan sebagai pemenang oleh pihak Disposable Soft Good (M) Sdn Bhd. Senarai Pemenang-Pemenang akan di-umumkan pada bulan November 2020.
Pemenang Hadiah Utama, Hadiah Kedua dan Hadiah Saguhati akan dipilih oleh pihak Econsave.
- Setiap Pemenang yang terpilih hanya berhak memenangi satu (1) hadiah.
- Semua hadiah diberikan atas dasar “seadanya” dan tidak boleh dipindahkan, ditukar, dan ditunaikan.
- Peserta dikehendaki mengemukakan Bukti Identiti semasa/sebelum untuk tujuan penebusan hadiah.
- Bukti identiti yang diterima oleh Penganjur mestilah Kad Pengenalan Malaysia yang sah. Kegagalan untuk mengemukakan Bukti Identiti memberikan hak kepada Penganjur untuk menyingkirkan Peserta/Pemenang.
- Penganjur akan menghubungi Pemenang melalui butir-butir hubungan atau alamat e-mel yang diberikan semasa proses penghantaran penyertaan.
- Sekiranya Peserta tidak dapat dihubungi selepas tiga(3) percubaan selama tiga (3) hari berturut-turut, atau jika berjaya dihubungi, memilih untuk tidak menerima hadiah, Penganjur berhak membatalkan kelayakan Peserta dan menarik balik hadiah, atau Peserta seterusnya yang layak boleh dipilih menurut budi bicara Penganjur.
- Semua Pemenang hendaklah menuntut hadiah mereka dalam masa 1 bulan (31 hari) selepas dimaklumkan oleh Penganjur. Sekiranya Pemenang gagal menuntut hadiah mereka/ gagal mencalonkan wakil dalam tempoh masa yang diperuntukkan, Penganjur berhak menarik balik hadiah/memberikan hadiah kepada Peserta/Pemenang lain.
- Pemenang yang memerlukan wakil untuk menuntut hadiah bagi pihak mereka hendaklah memastikan bahawa wakil mengemukakan surat kebenaran yang ditandatangani oleh Pemenang, satu salinan Bukti Identiti Pemenang, dan Bukti Identiti wakil.
- Penganjur tidak menjamin ketersediaan hadiah dan Penganjur berhak untuk menggantikan sebarang hadiah dengan apa-apa hadiah yang serupa nilainya seperti yang ditentukan oleh Penganjur, agennya atau penajanya.
- Semua Hadiah yang diberikan oleh Penganjur adalah atas dasar “seadanya” dan diterima oleh Peserta tanpa apa-apa jenis waranti atau jaminan, sama ada nyata atau tersirat. Jika diminta oleh Penganjur, Peserta hendaklah menyempurnakan surat ikatan perlepasan dan tanggung rugi dalam bentuk yang ditetapkan oleh Penganjur.
- Hadiah-hadiah tidak boleh dipindahmilik, mesti digunakan dalam tempoh masa yang ditetapkan (yang mana berkenaan) dan tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai.
HAK PENGANJUR
- Peserta bersetuju bahawa semua bahan yang diserahkan oleh Peserta untuk Peraduan ini menjadi milikan Penganjur. Jika berkenaan, hak cipta dan semua hak harta intelek (termasuk hak moral) yang wujud dalam semua bahan termasuk tetapi tidak terhad kepada bahan digital (contohnya: video dan imej) akan menjadi milikan Penganjur setelah diserahkan.
- Penganjur berhak menerbitkan dan menggunakan nama, gambar,imej, yang diserahkan oleh Peserta/ Pemenang atau terhadap Peserta/Pemenang bagi tujuan pengiklanan, pemasaran, publisiti dan/atau apa-apa tujuan lain, tanpa sebarang notis terdahulu atau pampasan kepada Peserta/Pemenang. Pemenang tidak berhak menuntut pemilikan atau bentuk pampasan lain terhadap penggunaan bahan tersebut.
- Sebagai balasan bagi Penganjur menawarkan peluang kepada Peserta untuk menyertai Peraduan, Peserta dengan ini secara tidak bersyarat, tidak boleh membatal persetujuannya untuk memberikan kebenarannya untuk perkara berikut:
- Penganjur dibenarkan menggunakan nama, imej, atau gambaran yang serupa dengan Peserta bagi tujuan penyuntingan, pengiklanan, promosi, pemasaran dan/atau tujuan lain tanpa notis lanjut atau pampasan. Semua kos kehadiran dan penyertaan Peserta hendaklah ditanggung oleh Peserta dan Penganjur tidak betanggungjawab menanggung apa-apa kos perbelanjaan, gaji atau pampasan kepada Peserta.
- Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya, untuk menggunakan dan mengeksploitasi Harta Intelek melalui mana-mana kaedah atau perantara dan dalam apa jua cara dan pada bila-bila masa yang dianggapnya wajar tanpa terlebih dahulu mendapatkan kebenaran atau menuntut apa-apa pembayaran pun jua kepada Peserta dan/atau pemenang Peraduan dan/atau wakil.
- Penganjur berhak menurut budi bicara tunggalnya, menyingkirkan mana-mana Peserta yang mengeksploitasi dan menganggu mekanisme, sistem, perisian Peraduan atau apa-apa proses lain berkaitan dengan Peraduan ini.
- Penganjur berhak menyingkirkan mana-mana Peserta dan/atau penyertaan yang didapati tidak sopan atau tidak sesuai untuk tatapan umum atau didapati atau disyaki menipu/menggodam/mengusik proses penyertaan Peraduan, pengendalian Peraduan ini.
- Penganjur berhak untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayainya terlibat dalam aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang memudaratkan Peraduan, Penganjur atau proses penyertaan Peraduan.
TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT TAMBAHAN
- Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan Terma-terma, Syarat-syarat dan Notis Privasi yang dinyatakan di dalam borang ini. Peserta boleh menyerahkan lebih daripada satu penyertaan semasa Tempoh Peraduan. Walau bagaimanapun, setiap Peserta (jika dipilih sebagai pemenang) hanya berhak mendapat satu(1) Hadiah untuk Peraduan ini.
- Peserta menjamin, beraku janji dan bersetuju bahawa Penganjur mempunyai hak tunggal untuk menggunakan atau mengeksploitasi Penyertaan Peserta atau mana-mana bahagian daripadanya dalam sebarang dan semua bentuk perantara melalui apa-apa dan semua kaedah atau cara di seluruh dunia untuk tempoh penuh hak cipta termasuk semua pembaharuan bersama-sama dengan hak untuk memberi kuasa orang lain untuk berbuat demikian tanpa perlu membayar apa-apa imbuhan atau royalti kepada Peserta. Untuk mengelakkan keraguan, Penganjur tidak mempunyai kewajipan untuk menggunakan atau mengeksploitasi mana-mana bahagian daripadanya di mana penggunaannya adalah berdasarkan budi bicara mutlak Penganjur.
- Peserta menjamin, beraku janji dan bersetuju bahawa dia tidak akan menggunakan Penyertaan atau mana-mana bahagian daripadanya bagi tujuan selain daripada tujuan yang ditetapkan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat. Sekiranya Penyertaan atau mana-mana bahagian daripadanya diterbitkan atau didedahkan atau disebarkan dalam apa jua cara tanpa kebenaran terdahulu daripada Penganjur, Penganjur berhak menurut budi bicara mutlaknya menyingkirkan Peserta dan/atau membatalkan apa-apa Hadiah yang dimenangi dan tidak akan menanggung apa-apa jua liabiliti terhadapnya.
- Semua hak dan keistimewaan yang diberikan dalam ini kepada Penganjur tidak boleh dibatalkan dan tidak tertakluk kepada pembatalan, sekatan atau injunksi dalam sebarang dan semua keadaan. Peserta tidak akan dalam apa jua keadaan berhak mendapat relief injunksi atau sebaliknya menganggu penganjuran Peraduan, penerbitan, pengedaran, pameran dan/atau eksploitasi Peraduan dan/atau apa-apa produk berdasarkan dan/atau yang berpunca daripada Peraduan.
- Penganjur berhak pada bila-bila masa untuk mengubah, meminda, membatalkan atau menambah Terma dan Syarat/peraturan lain termasuk mekanisme Peraduan menurut budi bicara mutlaknya. 26. Jika kaedah penyertaan adalah melalui perkhidmatan pesanan ringkas (“SMS”) , setiap Penyertaan Peraduan yang dihantar oleh Peserta adalah tertakluk pada caj premium yang ditetapkan (jika ada) yang adalah sebagai tambahan pada fi standard yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi Peserta.
- Bukti penyerahan Penyertaan tidak menjamin bahawa Peserta telah menyertai Peraduan. Penganjur berhak untuk menolak atau enggan menerima penyerahan Penyertaan Peserta atas sebab-sebab termasuk (tanpa had) jika Penyertaan adalah tidak lengkap atau apa-apa peruntukan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat tidak dipatuhi.
- Penganjur berhak menyingkirkan dan/atau mengecualikan Peserta dan/atau menarik baik Hadiah (pada mana-mana peringkat Peraduan) jika –
- Peserta tidak layak atau tidak memenuhi kriteria kelayakan yang dibentangkan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat; atau
- Peserta memungkiri Terma dan Syarat Peraduan atau melanggar apa-apa undang-undang atau peraturan yang berkuat kuasa; atau
- Penganjur mendapati bahawa Peserta telah cuba menjejajaskan pengendalian Peraduan melalaui fraud, penipuan atau pendayaan.
- Jika berlaku penyingkiran selepas Hadiah diberikan, Penganjur berhak menuntut agar Hadiah dipulangkan atau pembayaran nilai yang bersamaan dengannya daripada Peserta yang disingkirkan.
- Meskipun Penganjur akan berusaha sedaya upaya untuk melakukan penentusahan yang perlu mengenai kelayakan Peserta.
- Kegagalan untuk menyingkirkan mana-mana peserta yang tidak layak tidak akan dianggap sebagai kemungkiran oleh Penganjur.
LIABILITI & TANGGUNGJAWAB
- Kecuali dinyatakan sebaliknya, semua kos pengangkutan, caj internet, kos peribadi dan/atau sebarang kos, fi lain dan/atau apa jua jenis perbelanjaan yang ditanggung oleh Peserta berhubung dengan Peraduan ini (sama ada bagi tujuan memasuki, menyertai, atau menerima apa-apa manfaat atau hadiah daripada Peraduan) atau bagi tujuan penebusan hadiah atau perjalanan yang berkaitan adalah tanggungjawab Pemenang semata-mata.Penganjur, ahli gabungan, agen sah atau agensi sertaannya tidak akan bertanggungjawab untuk kos/caj/fi/perbelanjaan ini.
- Penganjur, ahli gabungannya, pihak ketiga yang dibenarkan dan agensi sertaan tidak akan bertanggungjawab atas penyertaan yang hilang, rosak, terlewat disebabkan perkhidmatan pos atau disebabkan kesilapan computer, IT atau apa-apa kesilapan teknologi. Peserta bertanggungjawab memastikan penyertaannya mematuhi semua peraturan dan terma dan syarat Peraduan, dan bahawa penyertaannya diterima oleh Penganjur dalam bentuk yang dikehendaki oleh Penganjur.
- Dengan menyertai Peraduan ini, semua peserta bersetuju ,melepaskan dan memastikan Penganjur, ahli gabungan dan agensinya, dan pekerja, pengawai, pengarah dan wakil mereka tidak dipertanggungjawabkan atas sebarang tuntutan, kerugian atau ganti rugi berbangkit daripada atau berhubung dengan penyertaan mereka dalam Peraduan(termasuk tetapi tidak terhad pada apa-apa kesilapan dalam mengira apa-apa transaksi, sebarang kerosakan atau kepincangan mana-mana sistem computer atau peralatan), apa-apa aktiviti berkaitan Peraduan dan penerimaan dan/atau (pengunaan, penyalahgunaan, atau milikan apa-apa hadiah yang diberikan di bawah ini.
- Semua kos yang ditanggung oleh Peserta berhubung dengan Peraduan dan Hadiah, termasuk tanpa had, caj pos atau caj Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP)(jika berkenaan), kos pengangkutan, caj komunikasi, penginapan, kos makanan dan kos berkaitan lain yang ditanggung oleh Peserta disebabkan oleh dan/atau selaras dengan penyertaannya dalam Peraduan, kos pungutan dan kos tambahan berkaitan dengan hadiah iaitu kos insurans, yuran pendaftaran kenderaan, cukai jalan dan lain lain hendaklah ditanggung semata-mata oleh Peserta. Penganjur tidak mempunyai apa-apa kewajipan untuk membayar balik Peserta untuk sebarang kos dan perbelanjaan yang ditanggung terhadapnya.
- Peserta mengakui bahawa penyertaannya dalam Peraduan adalah atas risikonya sendiri.
- Penganjur, agen, penaja, wakil, ahli gabunganya dan pengarah, pegawai dan pekerja, agen dan penerima serah hak mereka masing-masing tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana Peserta berhubung dengan:apa-apa kegagalan untuk memenangi Hadiah dalam Peraduan , Hadiah yang cacat disebabkan kecuaian, tindakan dan/atau ketinggalannya atau penyalahgunaan Hadiah atau sebarang kerugian, ganti rugi, kos perbelanjaan, tuntutan, liabiliti, kecedaraan , kematian , kemalangan yang dialami oleh Peserta semasa Peraduan atau berbangkit daripada atau berhubung dengan Peraduan, penyertaan Peserta dalam Peraduan dan/atau Hadiah yang diberikan.
ii. apa-apa kelewatan dan/atau kegagalan untuk menerima dan menghantar Penyertaan Peraduan akibat sebarang kerosakan rangkaian,komunikasi, ISP atau sistem, gangguan dan/atau kegagalan yang dialami oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi Penganjur atau Peserta dan/atau diakibatkan oleh penyertaan atau langkah memuat turun apa-apa bahan dalam Peraduan.
- Penganjur, agen, penaja dan wakilnya tidak akan bertanggungjawab untuk melaksanakan apa-apa kewajipan mereka berhubung dengan Peraduan ini jika kegagalan tersebut adalah disebabkan oleh keadaan di luar kawalan Penganjur dan Penganjur tidak bertanggungjawab untuk memberikan sebarang pampasan kepada Peserta dalam keadaan sedemikian.
NOTIS PRIVASI & PERSETUJUAN
BAHASA MALAYSIA
- Maklumat peribadi anda, termasuk data peribadi yang diperolehi daripada anda secara langsung apabila anda memberikan kami maklumat peribadi, contohnya apabila anda mendaftar untuk peraduan kami, membeli produk atau perkhidmatan daripada kami, mendaftar untuk menerima maklumat, menggunakan aplikasi kami, mengisi kaji selidik, atau memberi komen atau membuat siasatan, dan / atau sebarang kemas kini selanjutnya yang diberikan kepada kami oleh anda berhubung dengan maklumat peribadi anda (“Data Peribadi”), Anda bersetuju dan memberi kebenaran kami untuk mengumpul dan memproseskan Data Peribadi tersebut untuk tujuan penyertaan anda dalam peraduan kami, untuk menyediakan anda dengan produk-produk atau perkhidmatan yang anda meminta daripada kami , untuk memberitahu anda dengan terlebih dahulu notis peristiwa masa depan, untuk bertindak balas pada pertanyaan, untuk memberikan anda maklumat mengenai produk, perkhidmatan dan/atau siaran baru yang mungkin menarik minat anda, menjemput anda dan langganan anda untuk surat berita kami, dan/atau untuk tujuan pengauditan dalam kes-kes di mana terdapat pertikaian, tujuan analisis data dan pemasaran pengguna (secara kolektif di kenali sebagai ,”Tujuan”).
- Kami juga ingin memaklumkan kepada anda bahawa Data Peribadi anda mungkin didedahkan kepada pihak ketiga, seperti kepada ibu pejabat kami, pejabat serantau, anak-anak syarikat, sekutu dan/atau ahli dalam kumpulan Disposable Soft Goods, dan/atau pembekal perkhidmatan kami, yang mungkin terletak di luar Malaysia, atas sebab-sebab yang berkaitan dengan Tujuan tersebut.
- Jika anda ingin mengakses, membetul, menghad atau mengemas kini Data Peribadi anda, atau membuat sebarang pertanyaan atau aduan mengenai pemprosesan maklumat, sila hubungi kami melalui:Pegawai Data Peribadi, Disposable Soft Goods (M) Sdn Bhd, Suites W801 & 805, Aras 8, West Wing, Wisma Consplant 1, No.2 Jalan SS16/4, 47500 Subang Jaya, Selangor. Tel 03- 56218808
- Sila ambil perhatian bahawa ia akan menjadi keperluan bagi kita untuk memproses Data Peribadi anda, tanpa mereka kami tidak akan dapat menjalankan Tujuan tersebut.
PERSETUJUAN ANDA
- Dengan menyertai peraduan ini, saya telah membaca dan memahami syarat-syarat Notis Privasi ini dan bersetuju untuk memberi kebenaran saya untuk pemprosesan Data peribadi saya seperti yang dinyatakan di atas.