Terma dan Syarat | Econsave Peraduan Beli and Menang Bersama Dengan Dugro®, Mamil®, Aptagro™
10 Julai 2020 – 23 Ogos 2020
1. Peraduan Beli & Menang Dengan Dugro, Mamil & Aptagro (“Peraduan”) dianjurkan oleh Danone Specialized Nutrition (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Pihak Penganjur”). Dengan menyertai Peraduan, anda (“Peserta”) mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk menerima Terma dan Syarat yang tersenarai seperti berikut:-
2. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada tahun 2020) kecuali kakitangan Pihak Penganjur dan ahli keluarga terdekat termasuk syarikat-syarikat sekutunya, pembekal/ pengedar, agensi-agensi promosi, dan agensi-agensi pengiklanan/ perhubungan yang terlibat dalam Peraduan ini.
3. Peraduan ini berlangsung dari 10 Julai 2020 hingga 23 Ogos 2020 (“Tempoh Peraduan”). Sebarang penyertaan yang diterima selepas 23 Ogos 2020 tidak akan dilayan.
Cara-Cara Penyertaan
4. Langkah-langkah penyertaan:-
a. Beli mana-mana produk Dugro, Mamil dan AptaGro sebarang saiz pek dan sebarang variasi bernilai RM20 dan ke atas dalam satu resit dari mana-mana cawangan Econsave Malaysia yang turut serta (”Bukti Pembelian”) dalam Tempoh Peraduan.
b. Lengkapkan ayat tidak melebihi 30 patah perkataan:-
”Dugro / Mamil / AptaGro adalah pilihan hati saya kerana *………………………….”
a. Hantar melalui WhatsApp ke +6012-649 3373
i. Taipkan butiran dalam format yang berikut:-
<Nama, No. KP, Nombor Resit, Slogan>
Contoh: Remi Hassan, 920505105123, 101228, Dugro adalah pilihan saya kerana ia dirumus dengan Kalsium, IcFOS, Protein, Vitamin A dan 100% lebih* DHA, untuk menyokong tumbesaran si manja secara menyeluruh.
ii. Sertakan gambar Bukti Pembelian yang lengkap dan jelas
*Bukti Pembelian yang asal mesti disimpan dan dihantar ke Pihak Penganjur untuk tujuan pengesahan jika anda dipilih sebagai pemenang.
5. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan Bukti Pembelian yang lengkap. Setiap Bukti Pembelian hanya layak untuk satu penyertaan sahaja. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan Bukti Pembelian yang salah, tidak lengkap dan tidak jelas.
6. Hadiah Peraduan (“Hadiah“):-
a. Hadiah Utama x 1 pemenang – Baucar Econsave bernilai RM12,000
b. Hadiah Kedua x 1 pemenang – Baucar Econsave bernilai RM8,000
c. Hadiah Ketiga x 1 pemenang – Baucar Econsave bernilai RM5,000
d. Hadiah Saguhati x 50 pemenang/minggu x 6 minggu – Baucar Econsave bernilai RM150
Pemilihan Pemenang
7. Pemilihan pemenang Hadiah Utama, Hadiah Kedua dan Hadiah Ketiga:-
a. Semua penyertaan yang layak akan diberikan satu nombor siri.
b. Semua penyertaan yang layak akan tertakluk kepada proses pemilihan slogan yang paling kreatif untuk menyenaraikan 1 pemenang Hadiah Utama, 1 pemenang Hadiah Kedua dan 1 pemenang Hadiah Ketiga(“Finalis”).
c. Finalis akan dihubungi melalui telefon dengan usaha terbaik, maksimum sebanyak tiga (3) percubaan. Sekiranya Finalis tidak dapat dihubungi, Pihak Penganjur berhak menggantikan Finalis tersebut dengan Finalis yang seterusnya. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekalipun jika Finalis tidak dapat dihubungi.
d. Finalis perlu menghantar salinan kad pengenalan dan Bukti Pembelian yang asal ke Peraduan Beli & Menang Dengan Dugro, Mamil & AptaGro, No. 15, Block B, Lot 756, Jalan Subang 3, 47610 Subang Jaya, Selangor dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh pemberitahuan melalui telefon untuk tujuan pengesahan.
e. Hadiah akan dihantarkan ke alamat yang diberikan oleh Finalis. Finalis adalah bertanggungjawab atas pemberian alamat yang betul dan sah.
8. Pemilihan pemenang Hadiah Saguhati:-
a. Semua penyertaan yang layak akan diberikan satu nombor siri.
b. Semua penyertaan yang layak akan tertakluk kepada proses pemilihan janaan komputer untuk menyenaraikan 300 pemenang Hadiah Saguhati (“Finalis”).
c. Hadiah akan dihantarkan ke alamat yang diberikan oleh Finalis. Finalis adalah bertanggungjawab atas pemberian alamat yang betul dan sah.
9. Peserta boleh memenangi maksimum satu (1) hadiah sahaja sepanjang Tempoh Peraduan ini.
10. Pemenang akan diumumkan melalui www.dugro.com.my dalam masa 4 – 6 minggu dari tarikh tutup Peraduan.
Lain-lain
11. Pihak Penganjur dan kesemua pihak yang terlibat dalam Peraduan ini termasuk pengarah, pegawai dan ejen adalah tidak bertanggungjawab terhadap yang berikut:- (a) Campur tangan oleh pihak yang tidak berkenaan; (b) Kesilapan manusia dan kegagalan elektronik/teknikal dalam pentadbiran Peraduan ini; (c) Sebarang penyertaan yang salah dihantar atau tidak diterima; dan (d) Semua liabiliti (termasuk kematian) yang terlibat sama ada disebabkan penggunaan hadiah dan/atau penyertaannya dalam Peraduan ini secara langsung atau tidak langsung.
12. Pihak Penganjur berhak dalam budi bicaranya untuk menolak atau membatalkan sebarang penyertaan yang salah, tidak lengkap, sukar dibaca, rosak, lewat dan/atau tidak mempunyai Bukti Pembelian yang betul. Sebarang penyertaan yang mengandungi unsur-unsur dakwaan atau fitnah, melibatkan peniruan, melanggari (atau mungkin melanggari) sebarang hak cipta, tanda dagangan, atau apa-apa hak harta intelektual atau hak proprietari mana-mana entiti, bagi yang masih hidup mahupun yang sudah mati (termasuk hak-hak privasi, publisiti atau gambaran yang palsu) akan dilucuthakkan secara automatik.
13. Pihak Penganjur berhak untuk menggantikan sebarang hadiah dengan hadiah lain yang mempunyai nilai yang sama atau hampir sama tanpa sebarang notis. Pihak Penganjur tidak akan memberi apa jua jaminan mengenai penjualan, kualiti hadiah atau kesesuaian penggunaan atas sebarang tujuan.
14. Peserta adalah bertanggungjawab sepenuhnya bagi menanggung semua risiko, liabiliti, kecederaan, kerosakan atau tuntutan yang disebabkan oleh penyertaan mereka dalam Peraduan ini dan daripada penggunaan hadiah.
15. Dengan menerima atau menggunakan mana-mana hadiah peraduan, peserta bersetuju untuk melepaskan tanggungan Pihak Penganjur, semua rakan niaganya dan pihak-pihak lain yang berkaitan dengan Peraduan ini, termasuk pengarah, pegawai, kakitangan dan ejen mereka daripada mana-mana tuntutan, pendakwaan, penghakiman, kerosakan, kerugian atau liabiliti yang ditanggung, berkaitan dengan penyertaannya dalam Peraduan ini, penerimaan dan/atau penebusan dan/atau penggunaan bagi mana-mana hadiah.
16. Pihak Penganjur berhak dalam budi bicaranya, untuk mengubah, menolak atau membatalkan sebarang penyertaan termasuk dan tidak terhad kepada, penyertaan yang mengandungi sebarang elemen yang berkaitan dengan bayi dan/atau produk terpilih yang melanggar Kod Etika Kementerian Kesihatan Malaysia bagi Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan.
17. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa keingkaran atau kerugian yang dialami oleh mana-mana pihak yang disebabkan oleh bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, tindakan industri, wabak, kebakaran, banjir, ribut, kegagalan teknikal atau sebarang kejadian di luar kawalan munasabah Pihak Penganjur.
18. Dengan menyertai Peraduan ini dan penerimaan hadiah, pemenang bersetuju dan memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur untuk menggunakan nama, alamat, gambar, butiran peribadi, dokumen, dan maklumat tanpa sebarang bayaran royalti atau bayaran pampasan untuk tujuan pengiklanan dan semua bentuk publisiti yang lain, termasuk, tanpa had kepada sebarang rakaman berkaitan dengan Peraduan ini dari semasa ke semasa.
19. Semua Bukti Pembelian yang dikemukakan untuk Peraduan ini akan menjadi hak milik Pihak Penganjur.
20. Dengan menyertai Peraduan, Peserta telah bersetuju untuk Pihak Penganjur berhak memindahkan butiran peribadi (termasuk dan tanpa had, nama, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan) kepada agensi terlantik bagi tujuan pengurusan dan menghubungi Peserta untuk tujuan Peraduan ini sahaja. Peserta mempunyai hak untuk mengakses, membetul atau menarik balik persetujuan untuk mendedahkan butiran peribadi daripada Pihak Penganjur. Permintaan boleh dibuat melalui emel ke privacy.my@danone.com. Rujuk http://www.dugro.com.my/pdpa-clause untuk Notis Penuh di Bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
21. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju untuk menerima Terma dan Syarat yang tertera dan bersetuju bahawa keputusan Pihak Penganjur mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan termasuk pengadilan dan pemilihan pemenang adalah muktamad, mengikat dan tidak boleh dipertikaikan oleh semua Peserta. Sebarang surat-menyurat dan rayuan tidak akan dilayan.
22. Pihak Penganjur berhak mengubah, membatal, menamatkan, menangguhkan atau menggantung Peraduan ini tanpa memberi notis terlebih dahulu, dan tanpa menanggung sebarang liabiliti terhadap sesiapa, pada bila-bila masa termasuk mengubah Tempoh Peraduan, membuat penggantian hadiah, membatalkan atau menamatkan atau menggantung Peraduan secara keseluruhan atau sebahagian. Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada Terma & Syarat, Peserta bersetuju bahawa penyertaan Peserta berterusan di dalam Peraduan ini menandakan penerimaan mereka terhadap Terma & Syarat (sebagaimana yang diubah). Peserta tidak berhak untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan daripada Pihak Penganjur bagi sebarang kerugian yang dialami.
23. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Peserta bersetuju untuk mengetepikan apa-apa hak yang berkenaan dengan kerugian atau kerosakan yang timbul dengan penggunaan hadiah atau penyertaan Peserta dalam Peraduan ini terhadap Pihak Penganjur dan/atau pegawai, pekerja, wakil dan/atau agensi terlantik (termasuk pembekal atau mana-mana pihak ketiga).
Untuk pertanyaan lanjut tentang Peraduan ini, sila hubungi Hotline 03-5635 1391, Isnin – Jumaat, 10 pagi – 5 petang kecuali cuti umum.
Sumber: “https://www.dugro.com.my/bm/terma-dan-syarat.html”