Cara Mudah Untuk Menjaga Pokok Lucky Bamboo

Econsave’s Dinner Inspirations: New Year, New Culinary Ideas
December 21, 2023
Daun Lik China Bukan Hanya Banyak Khasiat, Malah Sangat Lazat Dijadikan Sebagai Sajian Hidangan!
February 2, 2024
Show all

Cara Mudah Untuk Menjaga Pokok Lucky Bamboo

Pokok Lucky Bambo atau nama saintifiknya Dracaena Sanderiana adalah salah satu tumbuhan yang popular di kalangan masyarakat kaum Cina. Ini kerana, mengikut amalan kepercayaan Feng Shui pokok Lucky Bamboo ini boleh membawa tuah, energi positif serta keberuntungan kepada pemiliknya.

Maka oleh itu, pokok Lucky Bamboo ini sering dijadikan sebagai pilihan untuk dekorasi hiasan dalaman rumah kerana struktur rupanya yang begitu menarik dan cantik.

Bagi anda yang juga ingin memiliki pokok Lucky Bamboo sebagai hiasan dekorasi rumah sememangnya amat sesuai kerana ada pelbagai rekaan yang cantik dan saiz yang menarik. Namun begitu, sudah anda mengetahui cara penjagaan tumbuhan ini dengan betul?

Jangan anda pula yang tidak tahu, pokok Lucky Bamboo ini sama juga seperti tanaman pokok hiasan yang lain dan memerlukan cara penjagaan yang rapi. Oleh itu, mari kita belajar bersama cara penjagaan pokok Lucky Bamboo yang betul dan mudah.

 

 

1. Kedudukan

Pastikan anda menempatkan pokok Lucky Bamboo di kedudukan yang mudah untuk mendapatkan cahaya yang secukupnya, tetapi harus diingatkan pokok Lucky Bamboo ini perlu dihindari daripada terus pancaran sinar cahaya matahari. Tanaman ini lebih suka mendapatkan cahaya yang tersebar dan ia dapat tumbuh baik dalam kondisi pencahayaan rendah atau sederhana.

2. Penanaman

Pokok Lucky Bamboo ini dapat hidup di dalam air atau tanah. Jika ditanam di dalam air, pastikan bahawa airnya selalu bersih dan ganti setidaknya satu kali seminggu. Jika ditanam di tanah, pastikan tanahnya sentiasa berada dalam keadaan lembab tetapi tidak terlalu basah. Jangan biarkan tanahnya terlalu kering atau terlalu basah.

3. Gunakan Baja Khas

Untuk kekalkan pokok Lucky Bamboo terus dapat tumbuh dengan baik, anda digalakkan untuk menggunakan baja khas untuk pokok Lucky Bamboo setiap dua minggu sekali. Ini kerana pokok hiasan ini Berikan pupuk cair yang rendah dosis setiap 2-4 minggu sekali untuk memberikan nutrisi tambahan pada tanaman. Pilih pupuk yang dirancang khusus untuk tanaman Lucky Bamboo atau tanaman hias dalam pot.

 

 

4. Potong Batang Pokok Yang Telah Mati

Jika ada batang pokok yang sudah tampak mati atau kekuningan, segera potong dengan hati-hati menggunakan pisau tajam. Potongan harus dilakukan di atas simpul atau daun yang sehat.

5. Membersihkan Daun Dan Batang

Bersihkan daun dan batang secara berkala dengan menggunakan kain lembab atau span lembut. Cara ini dapat membantu mengekalkan bentuk percambahan dan kesegaran pokok Lucky Bamboo.

6. Hindari Kerap Pemindahan Pokok

Pokok Lucky Bamboo tidak menyukai perubahan tempat yang terlalu kerap. Anda disarankan untuk membiarkan tanaman beradaptasi dengan persekitaran yang baru setelah melakukan pemindahan anak pokok.

Dengan penjagaan yang rapi secara berkala dan konsisten, pokok Lucky Bamboo akan dapat tumbuh dengan baik, tetap subur dan cantik sekaligus menjadikan sebagai tanaman hiasan yang sentiasa membawa keberuntungan bagi rumah anda.

 

@econsavemalaysia Econsave is CNY ready guys! Come and kick start the shopping spree! 🐉 #EconsaveMY #CNY #LuckyBamboo #LongYearLongDeals #NianGao #CNYtshirt #tahunnaga #fyp #foryoupage #tiktokmalaysia #viral ♬ original sound – EconsaveMalaysia

 

Jika anda ingin memiliki pokok Lucky Bamboo ini, boleh sahaja dapatkan pokok hiasan yang cantik ini di seluruh cawangan pasar raya Econsave sekarang. Ada pelbagai pilihan rekaan dan saiz yang menarik boleh anda pilih tau!

Juga, jangan lupa ikuti kami di laman media sosial untuk ketahui promosi serta tawaran menarik lain di Econsave.

🔗Facebook:https://www.facebook.com/EconsaveMY 
🔗Instagram:https://www.instagram.com/econsavemy/ 
🔗TikTok:https://bit.ly/tiktok_econsavemalaysia 
🔗Website: https://econsave.com.my/promotion/