Resepi Ikan Siakap 3 Rasa

Resepi Ikan Siakap 3 RasaTiba-tiba rasa bosan dengan masakan ayam dan telur? Teringin nak makan ikan tapi tak tahu nak masak apa? Jom kita belajar cara masak ikan siakap 3 rasa ala masakan thai. Hidangan ini sangat membangkitkan selera dengan kombinasi rasa masam, manis, dan pedas secukupnya. Jom sediakan bahan dan cuba resepi ini di rumah.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap (sekitar 600-800 gram), dibersihkan
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa
  • Serbuk kunyit secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Untuk Sos 3 Rasa:

  • 3 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1 biji bawang besar
  • 2 batang serai, diketuk
  • 3 biji cili padi, diketuk (boleh tambah jika suka lebih pedas)
  • Halia sikit dihiris nipis
  • 1 biji tomato, dipotong dadu
  • ½ biji nanas, dipotong dadu
  • ½ biji lobak merah
  • Air asam jawa
  • 3 sudu sos cili
  • 3 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu besar gula
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Daun ketumbar untuk hiasan

Cara Penyediaan:

 

Langkah 1: Menyediakan Ikan

Pertama sekali, lumurkan ikan siakap dengan garam dan lada sulah. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan sehingga garing dan keemasan. Angkat dan toskan minyak berlebihan. 

 

Langkah 2: Menyediakan Sos 3 Rasa

Setelah ikan digoreng, tiba masanya untuk menyediakan sos yang akan memberikan gabungan tiga rasa. 

 

Panaskan sedikit minyak dalam kuali yang berasingan. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau dan kekuningan. Masukkan serai, cili padi, dan halia, kemudian tumis lagi sehingga naik bau. 

 

Langkah 3: Masukkan Bahan-Bahan yang lain Sediakan Sos 3 Rasa

Masukkan tomato, nanas dan lobak mera ke dalam kuali. Kacau sebentar sebelum menambah air asam jawa, sos cili, sos tomato, dan sos tiram. Gaulkan semua bahan hingga sebati. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Biarkan sos mendidih dan pekat. Boleh juga letak tepung jagung untuk tambah kepekatan. Periksa rasa sos tersebut. 

 

Anda boleh menyesuaikan tahap kemanisan, kemasaman, atau kepedasan mengikut citarasa anda.

 

Langkah 4: Hidang

Setelah sos masak dan pekat, tuangkan sos tersebut ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Pastikan ikan disaluti dengan baik. Untuk hiasan, taburkan sedikit daun ketumbar di atas ikan. Hidangan Ikan Siakap 3 Rasa anda kini siap untuk dinikmati.

 

Setiap suapan membawa kombinasi rasa yang sempurna – masamnya air asam jawa, manisnya sos tomato dan nanas, serta pedasnya cili padi dan sos cili. Jangan lupa cuba di rumah dan berkongsi keistimewaan masakkan hidangan ini untuk dengan orang tersayang. Selamat mencuba!